Tazkirah

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri...



Sir lump mud hurry rare year ideal fit tree moo lee year… ma half za hair bar ten… 2 loose dairy hearty young eek class...

Ikhlas daripada Zairi, Julia, Nurul Nabihah Najwa, Nurin Hamizah & Nur 'Aqilah Damia.

Monday, September 15, 2008

Pisang pelik!!!

Pisang nipah pelik!!!


Gambar pisang ni memang agak pelik. Bentuk dia macam kerang. Saya ambil gambar ini di rumah Norazizah KDPM Kemas Semester 3 di MARDI Kluang. Tu le dia kuasa ALLAH SWT. MasyaAllah...

Thursday, September 11, 2008

Hari ulangtahun perkahwinan dengan tragedi!!!





Ni gambar cermin kereta aku yang pecah akibat daripada mesin potong rumput. Yang sedihnya kat sini ada 3 iaitu:-

1. Kejadian berlaku betul-betul tarikh ulangtahun perkahwinan aku yang ke-10 (6.9.98 - 6.9.08).
2. Masa berlakunya kejadian tu, hamba Allah yang potong rumput tu tak maklumkan pun pada aku sedangkan aku ada di pejabat dari jam 6.45 pagi - 6.00 petang. Terkejutnya aku bila nak balik cermin keta aku dah pecah. Abis aku telefon kawan-kawan (Ahmad Fadzil, Hishamudin & Hj. Hatta) bertanyakan hal tu. Masing-masing tidak tahu. Takpelah aku redha walaupun hati agak marah.
3. Kereta tu aku baru je beli. Sebulan pun tak sampai lagi. Tak sedih ke tengok keta baru beli cermin dah pecah & kemek sikit kat body atas tayar belakang. Bengkak jugak tapi nak buat camner benda dah berlaku.

Keesokkan harinya mungkin sempena bulan Ramadhan yang mulia ini & berkat kesabaran aku, datang 2 orang guru pelatih aku bagi tahu semalam ada orang potong rumput dan tetiba batu melenting terkena tingkap kereta aku. So, aku pun berjumpa dengan En. Hadi iaitu tuan punya syarikat yang mengambil kontrak memotong rumput di IPTI. Alhamdulillah beliau akur dan berjanji akan menanggung kos baik pulih kereta aku. Takpelah aku mintak dia tanggung kos ganti cermin sahaja. Berkenaan dengan tinted & body yang kemek tu aku tak kisah sangat. Terima kasih En. Hadi atas tanggungjawab anda itu.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat ISLAM dan khas buat mak Hjh. Halimah @ Kalimah bte Hj. Khamis di Felda Bukit Permai, Layang-Layang dan ayah serta mak mentua, Jantan bin Saidin & Zalehah bte Shuib di Parit Sumarto, Parit Raja, Batu Pahat. Semoga puasa tahun ini dilimpahi keampunan, keberkatan dan kesejahteraan. Amin....

BMI CALCULATOR