Tazkirah

Thursday, December 31, 2009

Aqilah mula bersekolah...

Hari ini Rabu 31/12/2009, Nur 'Aqilah Damia memulakan persekolahannya di Tadika Pintar Bistari. Seawal jam 7.00 pagi tanpa masalah Aqilah bangun untuk mandi. Mungkin excited nak ke sekolah kot sebab tu dia tak meragam... Apa2 hal pun alhamdulillah...

Sunday, December 6, 2009

Happy Birthday Nurin Hamizah Ke-9...



Hari ini 6 Disember 2009, genap usia anak aku yang ke-2 iaitu Nurin Hamizah 9 tahun. Pagi tadi bawak diaorang gi tengok wayang Senario 2 di TGV Jusco Tebrau City. Ok le cerita tu. Layan je... Lps tgk wayang, Julia shopping sat. Puas memilih akhirnya tak beli pun... Abis shopping gi jemputan kahwin Julia Hamed (member lama ms mengajar di SMKDPT dulu). Selamat pengantin baru buat Julia & Jaafar. Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat... Apa2 hal pun, HAPPY BIRTHDAY NURIN HAMIZAH ke-9. Semoga anda sentiasa menjadi anak yang rajin, bijak & menghormati orang tua.

Saturday, December 5, 2009

Dekorasi laman...


Pepagi Sabtu yang nyaman & redup (nak hujan) aku bergotong-royong bersama anak-beranak aku membersihkan laman rumah. Sambil2 tu buat sikit dekorasi kat laman yang sekangkang kera tu. Nak buat lebih2 tak pandai. Ni le hasil kerja bini aku (aku tolong susun batu dgn angkat pasu je)...

Cuci kereta...

Alhamdulillah hujan lagi... Tapi yang tak syoknya keta baru lepas basuh. Takpe bangla kat kedai kereta tu sedia membantu membersihkan kereta aku. RM9 aje... Hehehe...

Wednesday, December 2, 2009

Happy Birthday Nur 'Aqilah Damia ke-4...



Tanggal 28/11/2009 merupakan hari kelahiran Nur 'Aqilah Damia yang ke-4 tahun. Happy birthday Nur 'Aqilah Damia ke-4. Semoga menjadi anak yang solehah & jangan nakal2 ok...

Sunday, November 15, 2009

Tahukah anda... (Siri 3)

Percayakah anda yang air sirap limau merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah kapal terbang A380. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina kapal terbang A380 memerlukan air sirap limau untuk menghilangkan keletihan semasa membuat kapal terbang A380, tanpa air sirap limau mungkin kapal terbang A380 tersebut tidak dapat disiapkan.

Tahukah anda... (Siri 2)

Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

Tahukah anda... (Siri 1)

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

Sunday, October 11, 2009

Happy Deepavali...

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia...

Baju kurung maupun sari;
Cantik dipakai di hari bahagia;
Deepavali maupun Aidilfitri;
Kita bersama berkongsi raya.

Pulut dan lemang juadah asli;
Maruku dan kari menambah selera;
Selamat DeepaRaya ucapan diberi;
Buat semua seluruh negara.

1 Malaysia gagasan diberi;
Hidup harmoni sepakat sekata;
Tak lama lagi kita sambut Deepavali;
Salah dan silap maaf dipinta.

Buat semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru yang menyambut Deepavali tidak lama lagi, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat hari Deepavali. Semoga hidup anda semua disinari cahaya keberkatan dan ceria selalu...

Ikhlas daripada;
Admin zairiipti.blogspot.com

Saturday, October 10, 2009

Sambutan Hari Raya Jabatan PJK 2009

Pada 9/10/2009 jam 3.00 petang, Jabatan PJK IPG KTI telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Raya 2009 bertemakan Hi-Tea. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran mantan pengarah IPG KTI, Tn. Hj. Zakaria bin Hj. A. Shukor. Selain daripada itu juga, Pengarah IPG KTI, Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran dan juga Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Sasman bin Yasir juga turut meluangkan masa menghadiri majlis ini. Antara menu-menu yang disediakan ialah roti jala, laksa johor, ubi rebus, ubi goreng, otak-otak, ais krim, cendol, buah-buahan, kek coklat dan macam-macam lagi. Guru-guru pelatih dari opsyen PJ telah bertungkus lumus dan bekerjasama bagi melancarkan lagi majlis tersebut. Selamat Hari Raya dari kami semua warga PJK IPG KTI....

Gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Jabatan PJK:-

http://s623.photobucket.com/albums/tt320/iriaz_h/HARI%20RAYA%20JABATAN%202009/

Wednesday, September 30, 2009

Happy Birthday Nurul...

Happy birthday buat Nurul Nabihah Najwa yang ke-10. Tak sempat lagi nak belikan hadiah. InsyaAllah hujung minggu ni kot. Dia mintak kasut roda...

Gambar sekitar sambutan birthday Nurul di Mc Donald Giant Plentong... Klik link di bawah untuk melihat gambar-gambar tersebut:-

http://s623.photobucket.com/albums/tt320/iriaz_h/BIRTHDAY%20NURUL%202009/


Gambar Hari Raya 2009

Gambar kenang-kenangan sewaktu Hari Raya 2009 di rumah mak. Untuk melihat gambar-gambar tersebut bolehlah layari laman web ini:-

http://s623.photobucket.com/albums/tt320/iriaz_h/HARI%20RAYA%202009/

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Semoga Ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya memberi kita seribu keinsafan dan Syawal yang bakal menjelang akan membawa seribu keberkatan.

Thursday, September 10, 2009

Borang Pendaftaran Alumni G35 PKPG SAINS SUKAN MPTI/UPSI 1999-2002

Salam sejahtera...

Kepada rakan-rakan G35 PKPG SAINS SUKAN MPTI/UPSI 1999-2002 diharap dapat melengkapkan borang pendaftaran yang dilampirkan di ruangan sebelah kanan blog ini. Ia bertujuan mengumpul maklumat terkini rakan-rakan G35 PKPG SAINS SUKAN MPTI/UPSI 1999-2002. InsyaAllah jika sudah lengkap, saya berhajat untuk membuat REUNION dalam masa terdekat ini. Sekian, harap maklum dan semoga mendapat kerjasama daripada rakan-rakan. Salam ukhwah....

Sunday, September 6, 2009

Happy Anniversary Ke-11


Salam...

Hari ini 06.09.2009 merupakan hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke-11. Tak sangka dah 11 tahun dah. Anak2 pun dah besar. Yang sulung 10 tahun, kedua 9 tahun dan yang kecil sekali 4 tahun. Pejam celik pejam celik dan masuk tahun ke-11 usia perkahwinan kami. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Happy Anniversary Ke-11 buat isteri tersayang, Julia binti Jantan. Semoga dengan meningkatnya usia perkahwinan kita, semakin tabah dan matang dalam menempuhi liku2 kehidupan seharian. Jadilah model yang terbaik untuk anak2 dan jadilah isteri yang mithali. InsyaAllah....

Sunday, August 23, 2009

SELAMAT HARI JADI BUAT ISTERI TERSAYANG...

Selamat Hari Jadi buat my lovely wife Julia binti Jantan... Tiada madah secantik bahasa, tiada kata seindah bicara hanya bingkisan ringkas buat tersayang... Semoga dengan meningkatnya usia diharap semakin mantap iman di dada. Jadilah ibu yang penyayang dan jadilah isteri yang solehah... Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup...

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ikhlas daripada Zairi & Family...

Saturday, June 13, 2009

Sabah negeri di bawah BAYU....

Ni gambar2 Julia & anak2 semasa CUTI-CUTI MALAYSIA ke Sabah... Untuk melihat gambar-gambar lain anda boleh layari URL di bawah:-

http://s623.photobucket.com/albums/tt320/iriaz_h/SABAH%202009/

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU... Jadilah guru yang HEBAT & TERBILANG... "Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat & bersyukurlah dengan apa yang kita ada"...

Ikhlas daripada:
Z@IRI
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim JB

Monday, May 4, 2009

Nanas pelik...

Siapa pernah lihat nanas ni??? Ni aku jumpa kat rumah jiran kakak aku di Kg. Gajah 1. Saja nak tau kalau sapa2 tahu nanas ni spesis apa?

Hari Keluarga Warga Felda Bukit Permai Layang-Layang

Salam sejahtera...

Pada tanggal 2 Mei 2009, bertempat di Dataran Felda Bukit Permai telah berlangsung satu program Hari Keluarga Warga Felda Bukit Permai Layang-Layang buat ke sekian kalinya. Berlainan dengan tahun sebelumnya, sambutan kali ini agam meriah dengan pelbagai aktiviti yang menghibur dan menyeronokkan. Program turut diserikan dengan tarian zapin dan tarian Poco-Poco. Tidak ketinggalan juga, acara jualan dan acara sukaneka juga turut diadakan. Banyak gerai-gerai yang menjual makanan secara tidak langsung berupaya menjana pendapatan penduduk setempat. Antara acara yang paling menarik ialah acara tarik tali dan gusti lengan. Bagi acara tarik tali (aku mewakili kampung aku Kg. Baru 1) telah dimenangi oleh Kg. Baru 1 (kg aku le tu!!!). Sekalung tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang berjaya mengumpulkan penduduk kampung melalui aktiviti hari keluarga ini. Tahniah juga buat saudara Boyan (nama timangan) atau nama sebenar Shamsuddin Wahab selaku Ketua Pemuda Cawangan Felda Bukit Permai di atas daya usaha dan inisiatif anda menganjurkan program ini. Tidak lupa juga buat saudara Zakaria Khalid dan jawatankuasanya yang bertungkus lumus memastikan kelancaran program tersebut.

P/s: Aku gembira sangat dapat jumpa kawan2 lama seperti Kucing, Wak Jenoko, Anis, Rahimawati, Mie Biran, Ustaz Shamsuri, Sham, Belatuk dan lain-lain lagi. InsyaAllah, aku merancang untuk membuat REUNION kwn2 SMK Layang-Layang 1985-1987 kalau takde aral melintang pada hari raya tahun ini...















Khemah urusetia















Khemah kampung-kampung yang terdapat di Felda Bukit Permai















Ni khemah kampung aku... Kg. Baru 1 (Juara Tarik Tali 2009)















Gelanggang futsal dalam pembinaan....

Saturday, April 25, 2009

Lawatan Ilmiah ke MSN & Datuk Lee Chong Wei

Pd 22-24/4/2009 tu ari, aku bersama pelajar-pelajar PISMP semester 5 opsyen PJ, Sains dan Matematik bagi subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran PJ & Sukan telah pergi ke MSN, PPJSKM dan Muzium Anatomi, HUKM untuk program lawatan ilmiah subjek PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran PJ & Sukan. Sewaktu lawatan ke sekitar MSN aku bertembung dengan Datuk Lee Chong Wei. So aku sempat bergambar dengan dia serta keretanya.

Friday, April 10, 2009

Teka Teki

Apa beza sekretari baik dgn sekretari kurang baik?

P/s: Tuliskan jawapan di dalam ruangan COMMENTS

Wednesday, April 8, 2009

Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor 8/4/2009, aku bawak anak-anak & anak jiran aku mandi manda di Kompleks Renang Nusa Mutiara. Lihatlah betapa gembiranya mereka bermain air. Selain daripada itu juga, aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan mereka di air.

BMI CALCULATOR