Tazkirah

Sunday, February 28, 2010

The Chicken Dance...


Nurul, Nurin & Aqilah seronok menari Chicken Dance... Tempo hancus..........


Aqilah nyanyi lagu kumpulan Waliband - Cari Jodoh.... Boleh le ada gak kuar suara...Hehehe...

Wednesday, February 24, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/ 2010

Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh syadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang syadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yang utama

(ulang rangkap 1 & 2)

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

(ulang rangkap 1 &2)

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/ 2010 kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Buat junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW, mari kita sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat baginda... AL-FATIHAH... Semoga roh baginda dicucuri rahmat Allah SWT & kita sebagai umatnya mendapat syafaat baginda. Amin...

Saturday, February 13, 2010

HAPPY CHINESE NEW YEAR..GONG XI FA CHAI!!!

Salam sejahtera & salam ukhwah...

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR.. GONG XI FA CHAI kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.... Semoga kita hidup aman sejahtera bersama saling bantu-membantu tanpa rasa hasad dengki & bersama-sama merealisaikan Gagasan 1Malaysia...

Mercun meletup berantai-rantai,
Limau mandrin banyak di lembah,
Happy Chinese New Year...Gong Xi Fa Chai,
Hidup muafakat menjalin muhibbah.


Salam ukhwah seikhlasnya daripada;
Zairi, Julia, Nabihah, Hamizah & 'Aqilah
Pasir Gudang, Johor.
13/2/2010

Sunday, January 3, 2010

Danga Bay...

Pada hari Sabtu 02/01/2010 yang lalu, kakak aku dari KL datang ke JB melawat mak masuk HSA kerana patah kaki. Dah seminggu mak di Wad Kelas 1 Tingkat 3 HSA. InsyaAllah, jika tiada aral pada hari Isnin 04/01/2010, mak akan menjalani pembedahan memasang plat besi di tulang femurnya. Semoga mak sentiasa sabar & cepat sembuh. Doa anak-anak senantiasa mengiringi mak.

Semasa menunggu waktu melawat, kami sempat ke Danga Bay untuk menaiki bot melawat sekitar Pantai Lido & Kg. Sungai Melayu. Dengan bayaran RM10 bagi dewasa & RM5 bagi kanak-kanak, aktiviti boating pun bermula. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka sewaktu bot membelah air di Pantai Lido Danga Bay.


Tile oh tile...

Salam...

Alhamdulillah cuti sekolah ni siap juga projek aku nak pasang tile kat parking & laman rumah aku. Dengan kos lebih kurang RM2300, aku berjaya menutup 16 x 37 kaki persegi keluasan laman rumah aku.

Thursday, December 31, 2009

Aqilah mula bersekolah...

Hari ini Rabu 31/12/2009, Nur 'Aqilah Damia memulakan persekolahannya di Tadika Pintar Bistari. Seawal jam 7.00 pagi tanpa masalah Aqilah bangun untuk mandi. Mungkin excited nak ke sekolah kot sebab tu dia tak meragam... Apa2 hal pun alhamdulillah...

Sunday, December 6, 2009

Happy Birthday Nurin Hamizah Ke-9...



Hari ini 6 Disember 2009, genap usia anak aku yang ke-2 iaitu Nurin Hamizah 9 tahun. Pagi tadi bawak diaorang gi tengok wayang Senario 2 di TGV Jusco Tebrau City. Ok le cerita tu. Layan je... Lps tgk wayang, Julia shopping sat. Puas memilih akhirnya tak beli pun... Abis shopping gi jemputan kahwin Julia Hamed (member lama ms mengajar di SMKDPT dulu). Selamat pengantin baru buat Julia & Jaafar. Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat... Apa2 hal pun, HAPPY BIRTHDAY NURIN HAMIZAH ke-9. Semoga anda sentiasa menjadi anak yang rajin, bijak & menghormati orang tua.

Saturday, December 5, 2009

Dekorasi laman...


Pepagi Sabtu yang nyaman & redup (nak hujan) aku bergotong-royong bersama anak-beranak aku membersihkan laman rumah. Sambil2 tu buat sikit dekorasi kat laman yang sekangkang kera tu. Nak buat lebih2 tak pandai. Ni le hasil kerja bini aku (aku tolong susun batu dgn angkat pasu je)...

Cuci kereta...

Alhamdulillah hujan lagi... Tapi yang tak syoknya keta baru lepas basuh. Takpe bangla kat kedai kereta tu sedia membantu membersihkan kereta aku. RM9 aje... Hehehe...

Wednesday, December 2, 2009

Happy Birthday Nur 'Aqilah Damia ke-4...



Tanggal 28/11/2009 merupakan hari kelahiran Nur 'Aqilah Damia yang ke-4 tahun. Happy birthday Nur 'Aqilah Damia ke-4. Semoga menjadi anak yang solehah & jangan nakal2 ok...

BMI CALCULATOR