Tazkirah

Tuesday, February 1, 2011

Parents are kids' No 1 teachers

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Keratan akhbar daripada New Strait Times yang bertarikh 28 Januari 2011, Jumaat bertajuk, "Parents are kids' No 1 teachers" tulisan B.S dari Seremban, Negeri Sembilan. Seharusnya kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang keperluan yang dinyatakan dalam tulisan tersebut. Jangan anggap perkara ini tidak penting kerana banyak dapatan kajian menunjukkan kegagalan & ketidakprihatinan ibu bapa dalam menjadi pendidik pertama anak-anak menunjukkan statistik bahawa kecenderungan anak-anak terlibat dalam kecelaruan personaliti sangat tinggi. Pendidikan awal kanak-kanak sememang & sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Jangan jadikan alasan sibuk bekerja atau penat sebagai batu penghalang kepada tanggungjawab tersebut. Biasanya bibit kemusnahan & kemalapan masa hadapan anak-anak adalah berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri.

Usah mengharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Usah terlalu berharap bantuan orang,
Mendidik anak entahkan jadi entahkan tidak.

Justeru itu, fikir-fikirkanlah sendiri kerana masa hadapan anak-anak, andalah sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.

Bring back joy of schooling

Assalamualaikum & salam sejahtera....

"Bring back joy of schooling" tulisan Dr. S.Nathesan dari Muar bertarikh 28.01.11, Jumaat dalam akhbar The Star. Satu tajuk yang agak ringan tetapi sangat mendalam maksudnya. Memang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara ini semakin hari semakin mencabar. Selaras dengan peningkatan tersebut jika dilihat secara holistik mendapati ianya tiada seimbang. Memang jelas ketara perbezaannya. Kita tidak menolak kemajuan & inovasi yang diperkenalkan malah kita menyokongnya 100%. Apa yang menjadi kebimbangan di sini ialah trend pendidikan masa kini yang kononnya menitik beratkan aspek JERIS walhal ianya tidak berlaku sepenuhnya. Di manakah silapnya. Baca & tafsirlah sendiri tulisan Dr. S. Nathesan yang saya muat naik ini & fikir-fikirkanlah.


Saturday, January 29, 2011

Praktikum datang lagi...

Assalamualaikum & salah sejantera...

Praktikum datang lagi... Bermakna rutin harian aku semakin sibuk. Dah le mengajar 21 waktu (21 jam seminggu). Ditambah lagi dengan praktikum. Setakat ni 6 orang siswa guru sedang menanti untuk dibimbing & diselia. 2 orang KPLI PJ Jun 2010 & 4 orang PISMP Jan 2008 - 2 PJ & 2 RBT. Jumlah ini belum ditambah dengan PISMP Semester 5. Ada 56 orang sedang menunggu tu. Penat memang penat, tapi dah tugas nak buat macam mana... Proposal PhD masih kabur lagi. Agak2nya kena mintak tangguh dengan PM Dr. Hj. Mohd Yusup Hadi kot... Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuhi semua ini. Bak kata pepatah, "Jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya".

Berikut adalah tarikh praktikum siswa guru major Pendidikan Jasmani IPGKTI:-

1. KPLI (SR) Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2010 - 17 Januari 2011 hingga 15 April 2010
2. PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008 - 7 Februari 2011 hingga 29 April 2010
3. PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2009 - 21 Mac 2011 hingga 15 April 2010

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat berpraktikum. Ingatlah bahawa semua kejayaan adalah bermula dengan langkah pertama.

Berakhirnya sebuah penantian

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Alhamdulillah akhirnya setelah lebih kurang 2 bulan menunggu (dengan kata lain MENGANGGUR) tanggal 7/2/2011 student aku (first kohort PISMP) dapat juga penempatan. Pertama-tamanya jutaan terima kasih kepada KPM yang menguruskan penempatan mereka walaupun pelbagai kontroversi yang hadir. Semua itu tidak mematahkan semangat mereka. Semoga ini semua menjadi titik tolak kepada penyelesaian masalah penempatan guru-guru keluaran IPG iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang sebelum ini masih bergelut dengan proses akriditasi MQA. Justeru itu, nasihat daripada saya buat anda semua, "We can do no great things - only small things with great love".

Berikut adalah PENEMPATAN anak didikku, PISMP PJ Ambilan Januari 2007 (a.k.a TROY)

Monday, January 24, 2011

Subjek Sains Sukan di sekolah bantu jayakan program 1Sukan 1Murid


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kementerian Pelajaran (KPM) telah pun melaksanakan Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) mulai bulan Julai 2008 sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi Menteri Pelajaran waktu itu.

Walaupun ia bermula dengan tujuh jenis sukan tetapi akan diperluaskan dengan sukan-sukan yang lain selaras dengan program yang dikendalikan oleh MSN.

Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Dasar 1 Murid 1 Sukan lebih mirip kepada Program Sukan Untuk Semua anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meskipun saya lihat program tersebut hanya menjuruskan kepada aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan yang lain daripada sukan prestasi tinggi.

Semoga dengan dasar baru yang mula diperkenalkan ini akan berjaya mencapai matlamatnya selaras dengan visi & misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tulisan Quraisyah Azmi dari Telok Panglima Garang, Selangor yang bertajuk "Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara" sangat menarik kandungan isinya. Subjek Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu subjek teras terkandung dalam kurikulum KBSR & KSSR. Justeru itu, isu perlaksanaan kelas PJ ini sudah lama kedengaran cuma tiada penegasan daripada pihak kementerian untuk mengatasi isu ini.

Seperti mana yang kita maklum, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Objektif Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Semoga, dengan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu akan menjadi pemangkin kepada perubahan dalam perlaksanaan kelas Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah pada masa akan datang. InsyaAllah...

Sunday, January 2, 2011

Welcome back to work...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Esok 3/1/2011 dah start kerja... By the way semoga tahun 2011 ini akan meningkatkan lagi keimanan, kesyukuran, kesihatan, kemuliaan, kebahagiaan, kesabaran, rezeki, kasih, sayang dan ketakwaan kita. InsyaAllah...

Friday, December 31, 2010

Selamat Menyambut Tahun 2011

Assalamualaikum wbkt & salam sejahtera buat semua...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011. Another 12 months, 52 weeks, 365 days, 8,760 hours, 52,600 minutes 3,153,600 seconds of struggle, growth, progress & experience. By the way, another year to make what you want from yourself.


Wednesday, December 29, 2010

Cuti-Cuti Malaysia di Cherating Pahang

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 23-24 Dis 2010 tu ari, aku sekeluarga bersama-sama dengan mak & ayah mentua serta keluarga abang ipar aku pergi bercuti ke Cherating Pahang. Seronok gak sekali sekala gi jalan2 makan angin. Budak2 le paling seronok. Yelah setahun sekali dapat jalan2 mcm ni mana tak seronoknya. Apa2 hal pn syukur alhamdulillah kepada Allah di atas rezeki yang diberikan.

Ni gambar2 sekitar percutian kami:-

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum w.b.k.t...


Ibn Mas'ud berkata, "Perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah...".


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432H kepada semua umat muslimin & muslimat. Sematkan azam baru dan hijrahkan minda untuk menempuhi kehidupan di dunia ini dengan lebih bermakna dan diredhai Allah SWT...

BMI CALCULATOR