Tazkirah

Thursday, March 17, 2011

Konvokesyen PISMP 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Alhamdulillah berakhir sudah tugas aku di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Sidang 2 Majlis Konvokesyen PISMP 2011 sebagai pembawa COKMAR. Sejarah baru ini terlakar pada 16 Mac 2011. Majlis yang berlangsung penuh gilang gemilang ini pada 16 & 17 Mac 2011 menyaksikan seramai 1987 orang graduan dari 27 buah berjaya mengapai segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen PISMP 2011 bagi kohort pertama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM). Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat anak didikku, Ahla-Wardah bte Mohd Amin dari PISMP PJ (Penerima Anugerah Hadiah Terbaik Pengkhususan) & Nurul Illiana Hidayah bte Kamarulzaman juga dari PISMP PJ (Penerima Anugerah Graduan Cemerlang - Kokurikulum). Teruskan kecemerlangan anda walau di mana jua anda berkhidmat.

Thursday, March 3, 2011

Lawatan Ilmiah PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan ke MSN, SSBJ & HUKM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 28/2 - 2/3/2011 yang lalu siswa guru PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2009 telah mengikuti satu program lawatan ilmiah bagi kursus PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan ke MSN, SSBJ & Institut Penyelidikan Kesihatan HUKM. Satu program yang baik & sekali gus boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada kecemerlangan pengurusan & pentadbiran PJ dan sukan pada masa akan datang.

Lotus Desaru Beach Resorts

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Gambar sekitar family day di Lotus Desaru Beach Resorts pada 6-7/1/2011.

Sunday, February 27, 2011

Ni tido ke sembahayang???

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tengok le gaya Muhammad Zamil Zaquan ni tido. Kekadang tergelak gak!!!

Zamil 5 bulan...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Diam tak diam Muhammad Zamil Zaquan dah menginjakkan ke usia 5 bulan. Cepat betul masa berlalu. Dia pun dah pandai merangkak sekarang. Betul orang-orang tua cakap budak lelaki ni lasaknya semacam sikit. Semenjak dah pandai merangkak ni tak boleh duduk diam. Satu rumah dia explore. Memang sangat dan sangat berbeza dengan kakak-kakak dia. Apa-apa hal pn kesian kat mak dia asyik menjerit je... Nak buat macamana dah macam gitu naturenya. Nak tak nak kena terima jugak le... Special dedication & thanx buat isteriku, Julia Jantan yang banyak menghabiskan masa melayan Zamil. Jangan jerit-jerit selalu nanti kenan kat anak-anak lak. Buat Zamil semoga menjadi anak yang pintar, kreatif, inovatif, proaktif, berktrampilan, sentiasa menghormati serta mendengar cakap ibu ayah dan menjadikan agama Islam sebagai landasan serta pegangan hidup. We love you Zamil... Special dedication from ayah, ibu, Nurul, Nurin & 'Aqilah Damia.

Saturday, February 26, 2011

Inovatif Patut Jadi Syarat Guru Naik Pangkat

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Saya amat tertarik dengan artikel tulisan Guru Biasa, Tangkak dalam akhbar Berita Harian bertarikh 24/2/2011 Khamis. Tajuk artikel beliau yang berbunyi, "Inovatif Patut Jadi Syarat Guru Naik Pangkat" sangat-sangat sesuai jika ianya digantikan dengan mod PTK yang lama. Saya juga amat tertarik dengan langkah kerajaan mewujudkan perjawatan baru serta kenaikan pangkat secara fast track (cth: Guru cemerlang, guru tingkatan 6). Kewujudan jawatan ini sememangnya menguntungkan guru-guru baru. Tidak sampai 5 tahun memegang jawatan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan, mereka sudah diangkat sebagai guru cemerlang. Jika mereka benar-benar layak, tahniah diucapkan tapi yang menjadi persoalan di sini adalah mereka yang hanya hendakkan perjawatan tetapi dari segi inovatif & kecemerlangan mereka boleh dipertikaikan. Mungkin kenyataan ini tidak mempunyai data yang emperikal tapi pihak-pihak yang berkenaan bolehlah membuat pemantauan. Turun padang bagi memastikan anugerah yang diberikan kepada semua guru cemerlang itu benar-benar cemerlang yang paling penting pengekalan kecemerlangan tersebut biarlah berpanjangan. Jangan mengikut musim & trend semasa. Semoga kita digolong dalam golongan mereka yang sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.


Takwim Kerja Mac 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lama tak update blog. Alhamdulillah ada kelapangan hari Sabtu ni bolehlah update mana yang patut. Just nak kongsi bersama je tentang jadual kerja aku sepanjang bulan Mac ni. Berikut adalah takwim kerja aku sepanjang bulan Mac 2011:-

1. 28/2 - 2/3/2011 - Lawatan ilmiah siswa guru PISMP PJ Amb Jan 2009 ke MSN, SSBJ & Makmal Anatomi & Fisiologi, HUKM.

2. 3-6/2011 - Program Bina Insan Guru 1 (Siri 2/2011) siswa guru PISMP Ambilan Jan 2011 di Teluk Gorek, Mersing.

3. 7/3/2011 - Menyelia praktikum KPLI PJ Amb Jun 2011 di SK Kota Masai, Pasir Gudang.

4. 8-10/3/2011 - Mesyuarat Moderasi Soalan Peperiksaan Mei 2011 di PLGDP Bandar Tenggara.

5. 15-17/3/2011 - Majlis Konvokesyen PISMP Amb Jan 2007 di PICC, Putrajaya.

6. 20-22/3/2011 - Kursus Kajian Tindakan di Hotel Katerina, Batu Pahat.

7. 28-31/3 - 1/4/2011 - Menyelia praktikum KPLI PJ Amb Jun 2011 dan PISMP PJ Amb Jan 2008.

Memang penuh tapi nak buat camner. Hidup mesti diteruskan. InsyaAllah selagi kita rancang kerja kita sebaik mungkin tiada masalah untuk kita kerja apa yang telah kita rancangkan. Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa, “Those who fail to plan are planning to fail”. Pepatah Melayu juga ada menyebut, "Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai". Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan Allah SWT.

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.

Di kesempatan saya ingin mengucapkan, "Selamat menyambut Maulidur Rasul". Sama-samalah kita hayati tema sambutan tahun ini, "1 Malaysia 1 Ummah."

Tuesday, February 1, 2011

GONG XI FA CHAI

Salam sejahtera...

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan GONG XI FA CHAI buat semua rakyat Malaysia yang meraikannya terutamanya warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tidak lupa juga buat siswa guru PISMP & KPLI Pendidikan Jasmani & special dedication buat 2 orang tutee saya Loi Sook Wei & Teo Bi Yan... Wishing you & your family a wonderful and prosperous new year with lots of happiness.

Parents are kids' No 1 teachers

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Keratan akhbar daripada New Strait Times yang bertarikh 28 Januari 2011, Jumaat bertajuk, "Parents are kids' No 1 teachers" tulisan B.S dari Seremban, Negeri Sembilan. Seharusnya kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang keperluan yang dinyatakan dalam tulisan tersebut. Jangan anggap perkara ini tidak penting kerana banyak dapatan kajian menunjukkan kegagalan & ketidakprihatinan ibu bapa dalam menjadi pendidik pertama anak-anak menunjukkan statistik bahawa kecenderungan anak-anak terlibat dalam kecelaruan personaliti sangat tinggi. Pendidikan awal kanak-kanak sememang & sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Jangan jadikan alasan sibuk bekerja atau penat sebagai batu penghalang kepada tanggungjawab tersebut. Biasanya bibit kemusnahan & kemalapan masa hadapan anak-anak adalah berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri.

Usah mengharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Usah terlalu berharap bantuan orang,
Mendidik anak entahkan jadi entahkan tidak.

Justeru itu, fikir-fikirkanlah sendiri kerana masa hadapan anak-anak, andalah sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.

BMI CALCULATOR