Tazkirah

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Menghadapi UPSR buat Nurul Nabihah Najwa...

Assalamualaikum wbkt...

Semoga kakak dapat menjawab soalan UPSR 2011 dengan tenang dan beroleh keberkatan Allah SWT. Ayah, ibu dan adik-adik sentiasa mendoakan kejayaan kakak. Amin...


Maknanya: “Ya Allah, bukakanlah keatas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.”


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Kunjungan Hari Raya & Marhaban PISMP PJ (Erudite) Ambilan Januari 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Terima kasih buat semua siswa guru PISMP PJ (Erudite) Ambilan Januari 2008 kerana sudi meluangkan masa datang ke rumah saya pada 9 September 2011 yang lalu. Semoga anda semua terus sukses dan selamat menempuh alam pekerjaan tidak lama lagi. Semoga ukhwah yang terjalin akan kekal berpanjangan. Keep in touch...



Saturday, August 27, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum wbkt & salam sejahtera...

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua kaum keluarga kami, semua kenalan & sahabat handai tidak kira di mana berada. Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya selama ini kami ada melakukan kesilapan & keterlanjuran kata sehingga menyebabkan kalian berkecil hati. Salam lebaran ikhlas daripada kami sekeluarga. Minal 'Aidin wal-Faizin...

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Assalamualaikum wbkt...

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah, abaikanlah puasa ummat Nabi Muhammad SAW jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia TIDAK melakukan 3 perkara iaitu:-

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada orang tuanya.
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
3) Tidak bermaafan dengan orang-orang sekitarnya".

Maka Rasulullah SAW pun mengucapkan AMIN 3x. Sehubungan dengan itu, di kesempatan saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf atas apa jua kesalahan zahir dan batin. Semoga Allah SWT memberkati & merahmati serta sentiasa menjaga ibadah puasa kita... AMIN...

Tuesday, June 21, 2011

Flower girl...

Assalamualaikum wbkt & salam sejahtera...

Pada hari Ahad, 19 Jun 2011 yang lepas telah berlangsung majlis persandingan antara Nur Hanisa dan Mohd Azren di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor. Dalam majlis itu, Nurul, Nurin dan Aqilah telah menjadi flower girl. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung. Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan mempelai Nur Hanisa dan Mohd Azren. Semoga mahligai yang dibina berkekalan ke akhir hayat. Tahniah juga buat Cik Rahim & Cik Yati kerana menerima menantu baru...








Sunday, June 12, 2011

Jom Ke Perpustakaan PJB 2011

Assalamualaikum wbkt & salam sejahtera...

Pada 6-10 Jun 2011, Perpustakaan Politeknik Johor Bahru telah menganjurkan satu program Jom Ke Perpustakaan. Program yang berlangsung selama 5 hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik. Di bawah ni koleksi gambar2 sekitar program tersebut. Tahniah kepada penganjur...





Sunday, May 15, 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersenjatakan pena keramat dan berbekalkan ilmu di dada yang sarat melangkah sang guru penuh semangat ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat dengan satu visi dan matlamat bagi mengangkat martabat umat di pentas watan dan sarwajagat demikian sifat guru berkualiti menjadi pemangkin kegemilangan negara... "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"... SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar GURU termasuklah bakal guru & mantan guru... Ikhlas daripada kami SEKELUARGA...

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum wbkt & selamat sejahtera...

Ibu dibekalkan syurga dikakinya,dimatanya, pada suaranya, pada gayanya, pada sentuhannya & pada didikannya. Ibu yg hebat boleh menukar semua suasana panas kepada suasana syurga. Menjahit yg terlerai, merawat yg terluka,menghibur semua kepedihan, penderma kasih sayang yg tidak bertepi, pendengar kepada semua berita walaupun yg merobek isi hatinya, perindu yg tidak pernah padam rindunya walaupun yg dirindu sudah mahu melupakannya, pemberi yg tidak pernah mencatat apa yg diberi & tidak pernah menuntut balasan dari semua pemberiannya & pendoa yg tidak pernah mengira waktu & memilih kasih. Begitulah hebatnya insan yg bergelar IBU... SELAMAT HARI IBU!!!

Makan-makan kat Pizza Hut Masai meraikan sempana Sambutan Hari Ibu...

Saturday, April 30, 2011

Gelagat Zamil 8 bulan...

Assalamualaikum wbkt...

Cepatnya masa berlalu, tau-tau dah 8 bulan dah usia dia. Tengok le gelagat Zamil...

Saturday, April 9, 2011

Bola oh bola...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Mulai bulan Februari 2011 yang lalu, sesi praktikum pelajar-pelajar aku rancak berlangsung. Dengan kekuatan yang ada aku mendapat 12 orang siswa guru untuk dibimbing. Memang agak penat. Jadual kerja sangat padat. Semua perlu diselesaikan mengikut date line yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, terima kasih Allah yang memberi aku kekuatan untuk menempuhi semua ini.

Aku sangat tertarik untuk menulis berhubung dengan satu insiden yang berlaku semasa aku menyelia salah seorang pelajar aku. Tak perlu aku nyatakan siapa dan sekolah mana. Apa yang berlaku, sebelum kelas dimulakan aku perhatikan ada seorang pelajar tidak masuk dalam kumpulan pelajar lain yang sedang seronok berlari untuk memanaskan badan. Aku memanggil pelajar tersebut dan bertanya, "Mengapa awak tak mengikuti kelas PJ?". Dengan nada ala-ala merajuk dia membalas, "Saya nak main bola tapi cikgu tak bagi". Aku bertanya lagi, "Selama ini semasa waktu PJ cikgu ajar apa?". Dia balas lagi, "Cikgu bagi bola dan kita orang main bola". Aku masih tidak puas hati dan bertanya lagi, "Memang setiap kali waktu PJ main bola ke???". "Ya!!", ringkas jawab pelajar tadi. Aku termenung & terkedu sebentar.

Persoalannya di sini, inikah budaya guru-guru PJ masa kini??? Setiap kali waktu PJ di sekolah seperti kelaziman akan kedengaran dialog ini, "Cikgu main bola!!"... Cikgu lak apa lagi, "Pegi amik bola kat stor!!! Rasanya budak dalam video ni mengalami situasi yang sama tak dengan senario atau budaya PJ di negara kita???

Ingatlah guru-guru PJ, setiap tahun anda menulis dalam borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) anda mengajar subjek Pendidikan Jasmani Kelas 3x seramai 40 orang 2 waktu mengikut SUKATAN PELAJARAN PJ dan diakhirnya anda menulis 100% SKT tercapai. Di mana integriti anda??? (Bagi mereka yang mengajar subjek PJ dengan baik, TAHNIAH kerana anda telah berjaya mencapai SKT anda)


Cetusan minda: Kalau 6 tahun (Tahun 1 - 6) guru mengajar bola sahaja sewaktu kelas Pendidikan Jasmani aku percaya skill mereka setaraf seperti dalam video di atas. Dan pastinya aku yakin sudah lama negara kita Malaysia layak ke Piala Dunia FIFA... So, fikir-fikirkanlah.

(Tulisan di atas adalah idea, pendapat dan pandangan penulis secara peribadi. Harap maklum)

BMI CALCULATOR