Tazkirah

Wednesday, August 29, 2012

Happy 2nd birthday to Muhammad Zamil Zaquan

Happy birthday to my little precious Muhammad Zamil Zaquan. Semoga dapat menjadi anak yang soleh dan hebat agar dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan dunia... Sayang dia ketat2..












Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Assalamualaikum wbkt & salam sejahtera...


Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri minal aidin walfaizin. Semoga Syawal tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lalu. Ikhlas daripada Mohd Zairi bin Husain, Julia Jantan, Nurul Nabihah Najwa, Nurin Hamizah, Nur 'Aqilah Damia dan Muhammad Zamil Zaquan.

 My family...

 Agak-agak apa yang dijeling oleh Aqilah tu???

  
 Bersama family besar Hj. Jantan Saidin dan Hjh. Zalehah Shuib

Ayah, ibu dan Zamil...

Anak-anak daraku yang semakin membesar. Semoga menjadi anak-anak yang bijak dan solehah. Aamiinn....

Satu-satunya anak bujang aku buah hati pengarang jantung ayah dan ibu... Muhammad Zamil Zaquan yang sangat aktif...

Saturday, March 24, 2012

Majlis Anugerah Cemerlang UPSR 2011 SK Kopok Pasir Gudang


Hadiah, sijil penghargaan & wang tunai yang diterima oleh Nurul Nabihah Najwa di atas kejayaan mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2011. Tahniah kakak. Semoga kejayaan ini menjadi insiprasi buat adik-adik. Jutaan terima kasih buat Guru Besar, pihak pentadbir, guru2 & AJK PIBG serta staf sokongan SK KOPOK di atas segala bantuan, didikan & tunjuk ajar yg diberikan kepada anak saya. Terima kasih daun keladi. Jasa tuan/puan tidak terbalas. Hanya Allah SWT sahaja yg dapat membalasnya. Sememangnya anda telah melakukan yg terbaik. Jazakallahukhairan...

Majlis Khatam Al-Quran Nurul & Nurin

Assalamualaikum wbkt...

Majlis ini berlangsung pada 11 Mac 2012 Ahad jam 10.00 pagi bersempena majlis perkahwinan Rashid. Majlis telah dipimpin oleh abah iaitu Hj. Jantan bin Saidin dan Hjh. Zalehah bte Shuib. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kakak Long & abg Long kerana memberi laluan kepada Nurul & Nurin menyempurnakan majlis ini.

Gambar sekitar majlis...

Thursday, December 8, 2011

Percutian di d'Village Melaka

Percutian di d'Village Melaka juga bersempana dengan Sambutan Hari Keluarga Politeknik METrO JB pada 2-4 Disember 2011. Seronok mandi di kolam renang...


Ni score Julia sewaktu menyertai Pertandingan Boling Antara Staf Politeknik METrO. Wah boleh tahan jugak....

GAME 1


GAME 2

Happy Birthday Nur 'Aqilah Damia ke-6

Sambutan birthday Nur 'Aqilah Damia yang ke-6 di MC Donald Seri Alam. Semoga Aqilah menjadi anak yang bijak & sentiasa mendengar kata ibu dan ayah...





Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011.... Tahniah Nurul for 5As........

Assalamualaikum wbkt...

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan syukur kepadaMu ya ALLAH di atas segala kasih dan berkat yang Engkau limpahkan kepada kami sekeluarga. Terima kasih ALLAH untuk kesihatan, rezeki serta kehidupan yang masih Engkau berikan kepada kami. Kami percaya Engkau akan selalu menolong kami dari kesusahan dan menyertai kami dalam menghadapi segala permasalahan. Beri kami kekuatan ya ALLAH. Terima kasih ALLAH di atas segala kurniaan dan perkenanMu. Amin...

Tahniah buat kakak Nurul yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2011 yang lalu. Semoga kakak terus cemerlang di masa hadapan. Jangan lupa sembahyang & yang paling penting kakak kena ingat bahawa untuk mendapatkan sesuatu itu lebih mudah daripada mengekalkannya... Keep it up my dear...

Terima kasih buat guru kelas 6 Jujur, En. Saharuddin Bitah. Anda berjaya melakukannya... Tahniah!!!

Saturday, November 12, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Kopok 2011

Assalamualaikum wbkt...

Pada 12/11/2011 Sabtu yang lalu Nurin Hamizah telah menerima Anugerah Kecemerlangan bagi murid Tahun 5 di SK Kopok bagi tahun 2011. Tahniah adik... Teruskan kecemerlangan ini & terus struggle utk UPSR 2012...


Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 2011

Assalamualaikum wbkt...

Sempena sambutan Aidiladha marilah sama-sama kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Semoga segala pengorbanan yang telah kita lakukan mendapat keberkataan & keredhaan Allah SWT. InsyaAllah...

Tuesday, October 25, 2011

Selamat Menyambut Deepavali 2011

Salam sejahtera...

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua sahabat handai yang beragama Hindu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua. Selaras dengan makna Deepavali @ Diwali itu sendiri: kehadiran cahaya kebaikan menewaskan kuasa kejahatan. Salam Deepavali ikhlas daripada kami...

BMI CALCULATOR