LAWAK 1
Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana . Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan.
Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.
Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,
Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!
Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.
Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter.
Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba ?tiba si suami memanggilnya semula.
Suami : Nak pergi mana?
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!
Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!
Isteri : @#%$*!?/&$( %#@#@$%&^ %*&^?&%$ #^!@~
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 2
Pertanyaan perempuan dan makna tersembunyinya ....
1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi : Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10. Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Ini cuma contoh saja.
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 3
Sebuah jenaka lama tetapi menjadi agak relevan sejak akhir-akhir ini...
Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan disekitar KL. Para pekerja kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada pekerja yang dah kawin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang.
Akhirnya Parman dan Sutijah pun berkahwin. Namun depa berdua ni masih tinggal dirumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih tader 'privacy' lansung. Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah kawin di situ. Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. ISkh memang tader 'privacy' langsung lah lelebih lagi depa nih baru berkahwin.
Cuba korang semua bayangkan camana tuh.... memang masalah bosar betul. Nak cakap pun takbleh kuat-kuat. Lepas tuh nak gerak gerak pun tableh lasak sangat. Yerler dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak lelebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh kalau depa bergerak gerak.
Kalau nak buat projek pun depa berdua ni kene pastikan bebetul yang orang lain dah tido. Dan sebagai langkah memudahkan, depa berdua ni terpaksa menggunakan bahasa isyarat tertentu. Bahasa isyaratnya ialah "kamu mau makan oren" Dan sutijah akan menjawab "Mau".
Sebagai couple yang baru berkaahwin, setiap malam depa mau 'makan oren'.
Perkara ini berlanjutan sehingga berminggu lamanya sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini pada satu malam. Jam sudah menunjukan pukul 12 tengah malam. Parman dan Sutijah yakin bahawa penghuni di rumah kongsi itu sudah lena tidur kerana kedengaran banyak dengkuran. Namun Parman tetap menggunakan bahasa isyarat.
"Kamu mau makan oren" kata Parman kepada Sutijah.
Belum sempat Sutijah menjawab " mau " tiba-tiba rakannya yang tidur di bawah pangkin berkata :" Makan oren boleh saja tapi airnya jangan meleleh ke bawah udah ya!"
Malam itu tertutup selera Sutijah untuk makan oren. Esoknya Parman terus berjumpa dengan majikannya untuk mencari rumah yang lain........ ..
Moralnya citernya.... ... Jangan asik makan oren saja... perlu tukar-tukar juga sama ngan buah lain.
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 4
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 5
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"
Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki"
Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?"
Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.
Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ... pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang. ..
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 6
Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.
Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"
Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 7
Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.
Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.
Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.
"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq".
"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".
"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".
"Itu saja ke haji?"
"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."
"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".
Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.
"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."
Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.
Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".
Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.
Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.
Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.
"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".
"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."
Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.
Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.
Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"
Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.
"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"
Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".
Hah? moral of the story? jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 8
Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.
Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?
Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."
Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .
Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"
"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
Jawab kadi.."Hak kamu le.."
Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."
MORAL:
Hak penjagaan anak patut diberi kepada yang paling bertanggungjawab terhadap masa depan anak itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 9
Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini..
"Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari."
Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang..!"
Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. . "Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!"
Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu betina saja.."
MORAL:
Lelaki Muslim hanya boleh berkahwin dengan 4 isteri pada satu masa, tidak seperti lembu. Soal berapa kali sehari itu terpulanglah pada kemampuan masing-masing.
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 10
Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri.. Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya.. kemudian berkatalah orang tuanya... sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri.. carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.
Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun tapi keORIGINALannya belum lagi diketahui... setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama.
Pada malam pertama si suami memakai kondom kononnya untuk merancang keluarga. Keesokan harinya.. si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul ORIGINAL..
Kemudian orang tuanya pun bertanya: "Macam mana engkau tahu laki engkau tu ORIGINAL?"
Anaknya dengan selamba campur megah berkata: "Betul abah...! ORIGINAL...! Plastik pun tak bukak lagi...!"
MORAL:
Jauhilah lelaki CIPLAK - yang sudah tidak ada plastik.. huhuhu..
----------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK 11
Cara-cara nak cover malu ...
1. Kalo tersepak batu: jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... Lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat LAWAK...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat- kuat.."oi! Apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda.. Kalo takde.. Baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu... Haa... Ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu... Ye tak?....
17 comments:
Cool site, I LOVE this PAGE
Regards,
Pakar Seo
Alkisah Seorang Lelaki... lawak jumaat
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
makasih gan buat infonya dan semoga bermanfaat
mantap bos artikelnya dan sangat menarik
terimakasih mas infonya dan salam sukses
Mmg lawak lah buah oren tu..
hai gan ayo gabung bersama kami di situs terbaik kami hanya
prediksi liga italia Dan kalian bakalan menangkan banyak hadiah menarik
ayok segera bergabung ya gan.
Hahah Lawak Kali Ko wak
Jagn lupa Mampir ke chanel ane yah
https://youtu.be/CpO4-OsdLM0
Salam pelawak😅😅
Indonesia
youtube.com
Indonesian
Service HP
Best Online Store Indonesia
lampung
Komponen
Kursus
Jual Beli
Hi. Jemput singgah blog baru saya yee.. feel free to visit ❤️ : pienyet.blogspot.com
Agen Sepak Bola Online
bonus besar Sepak Bola
Bandar judi Sepak Bola
Agen Sbobet Judi Bola
Judi Sepak Bola Terbaik
Agen Judi Online
Bandar judi ikan
Agen sabung ayam
judi sabung ayam
judi tembak Ikan
Agenjudi tembak ikan terbaik
Yah begitulah, backlink dari google ini memang perlu untuk kita kejar dan kita dapatkan
Menarik sekali, perlu saya coba ini..
kebetulan lagi cara tentang hal ini.
Info menarik dan boleh sekali dicoba, Makasih buat infonya dan sukses selalu.
Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???
Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...
artikelnya sangat bagus, terima kasih telah membagi informasi tersebut
Post a Comment