Pada hari Sabtu 02/01/2010 yang lalu, kakak aku dari KL datang ke JB melawat mak masuk HSA kerana patah kaki. Dah seminggu mak di Wad Kelas 1 Tingkat 3 HSA. InsyaAllah, jika tiada aral pada hari Isnin 04/01/2010, mak akan menjalani pembedahan memasang plat besi di tulang femurnya. Semoga mak sentiasa sabar & cepat sembuh. Doa anak-anak senantiasa mengiringi mak.
Semasa menunggu waktu melawat, kami sempat ke Danga Bay untuk menaiki bot melawat sekitar Pantai Lido & Kg. Sungai Melayu. Dengan bayaran RM10 bagi dewasa & RM5 bagi kanak-kanak, aktiviti boating pun bermula. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka sewaktu bot membelah air di Pantai Lido Danga Bay.