Tazkirah

Wednesday, February 24, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/ 2010

Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh syadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang syadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yang utama

(ulang rangkap 1 & 2)

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

(ulang rangkap 1 &2)

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/ 2010 kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Buat junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW, mari kita sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat baginda... AL-FATIHAH... Semoga roh baginda dicucuri rahmat Allah SWT & kita sebagai umatnya mendapat syafaat baginda. Amin...

3 comments:

'Cikgu Padi' said...

salam..terima kasih atas peringatan....semoga kita di dalam syafaatnya...

Illiana Hidayah said...

selawat dan salam utk junjungan baginda SAW..

Anonymous said...

sebagai renungan dan peringatan bersama utk diri ini dan kalian...
TIADA ISTILAH SEDEKAH BAGI NABI MUHAMMAD...'kita HADIAHKAN AL-FATIHAH' lebih cantik...HADIAH bkn SEDEKAH....

orange~~smoge tergolong dlm umatnya...

BMI CALCULATOR