Assalamualaikum& salam 1Malaysia...
Hari ni aku nak mulakan bicara berhubung dengan pepatah Melayu lama... Pepatah Melayu lama ada menyebut, "Ibarat anjing menyalak bukit"... bukit tak runtuh anjing yang sakit tekak... Betul ke??? Agak2 pepatah tu masih relevan ke sekarang?
Kita singkap sedikit kata-kata Saidina Abu Bakar As Siddiq selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Ucapan pertama beliau adalah, “Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu semua, jika aku berbuat silap perbetulkanlah aku”. Saidina Abu Bakar As Siddiq adalah pengganti Nabi selepas kewafatan baginda.
Ini yang dikatakan dengan sifat tawaduk yakni sifat rendah diri. Saidina Abu Bakar As Siddiq yang telah dijanjikan syurga oleh ALLAH SWT boleh berkata-kata sedemikian rupa tapi kita sebaliknya... Besar sangat ke kita ni??? Lupakah kita yang ada pada kita sekarang ni hanya pinjaman semata-mata??? Fikir-fikirkanlah....
No comments:
Post a Comment