Tazkirah
Saturday, February 26, 2011
Takwim Kerja Mac 2011
Monday, February 14, 2011
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011
WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.
Di kesempatan saya ingin mengucapkan, "Selamat menyambut Maulidur Rasul". Sama-samalah kita hayati tema sambutan tahun ini, "1 Malaysia 1 Ummah."
Tuesday, February 1, 2011
GONG XI FA CHAI

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan GONG XI FA CHAI buat semua rakyat Malaysia yang meraikannya terutamanya warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tidak lupa juga buat siswa guru PISMP & KPLI Pendidikan Jasmani & special dedication buat 2 orang tutee saya Loi Sook Wei & Teo Bi Yan... Wishing you & your family a wonderful and prosperous new year with lots of happiness.
Parents are kids' No 1 teachers
Keratan akhbar daripada New Strait Times yang bertarikh 28 Januari 2011, Jumaat bertajuk, "Parents are kids' No 1 teachers" tulisan B.S dari Seremban, Negeri Sembilan. Seharusnya kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang keperluan yang dinyatakan dalam tulisan tersebut. Jangan anggap perkara ini tidak penting kerana banyak dapatan kajian menunjukkan kegagalan & ketidakprihatinan ibu bapa dalam menjadi pendidik pertama anak-anak menunjukkan statistik bahawa kecenderungan anak-anak terlibat dalam kecelaruan personaliti sangat tinggi. Pendidikan awal kanak-kanak sememang & sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Jangan jadikan alasan sibuk bekerja atau penat sebagai batu penghalang kepada tanggungjawab tersebut. Biasanya bibit kemusnahan & kemalapan masa hadapan anak-anak adalah berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri.Usah mengharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Usah terlalu berharap bantuan orang,
Mendidik anak entahkan jadi entahkan tidak.
Justeru itu, fikir-fikirkanlah sendiri kerana masa hadapan anak-anak, andalah sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.
Bring back joy of schooling
"Bring back joy of schooling" tulisan Dr. S.Nathesan dari Muar bertarikh 28.01.11, Jumaat dalam akhbar The Star. Satu tajuk yang agak ringan tetapi sangat mendalam maksudnya. Memang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara ini semakin hari semakin mencabar. Selaras dengan peningkatan tersebut jika dilihat secara holistik mendapati ianya tiada seimbang. Memang jelas ketara perbezaannya. Kita tidak menolak kemajuan & inovasi yang diperkenalkan malah kita menyokongnya 100%. Apa yang menjadi kebimbangan di sini ialah trend pendidikan masa kini yang kononnya menitik beratkan aspek JERIS walhal ianya tidak berlaku sepenuhnya. Di manakah silapnya. Baca & tafsirlah sendiri tulisan Dr. S. Nathesan yang saya muat naik ini & fikir-fikirkanlah.Saturday, January 29, 2011
Praktikum datang lagi...
Praktikum datang lagi... Bermakna rutin harian aku semakin sibuk. Dah le mengajar 21 waktu (21 jam seminggu). Ditambah lagi dengan praktikum. Setakat ni 6 orang siswa guru sedang menanti untuk dibimbing & diselia. 2 orang KPLI PJ Jun 2010 & 4 orang PISMP Jan 2008 - 2 PJ & 2 RBT. Jumlah ini belum ditambah dengan PISMP Semester 5. Ada 56 orang sedang menunggu tu. Penat memang penat, tapi dah tugas nak buat macam mana... Proposal PhD masih kabur lagi. Agak2nya kena mintak tangguh dengan PM Dr. Hj. Mohd Yusup Hadi kot... Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuhi semua ini. Bak kata pepatah, "Jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya".
Berikut adalah tarikh praktikum siswa guru major Pendidikan Jasmani IPGKTI:-
1. KPLI (SR) Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2010 - 17 Januari 2011 hingga 15 April 2010
2. PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008 - 7 Februari 2011 hingga 29 April 2010
3. PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2009 - 21 Mac 2011 hingga 15 April 2010
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat berpraktikum. Ingatlah bahawa semua kejayaan adalah bermula dengan langkah pertama.
Berakhirnya sebuah penantian
Alhamdulillah akhirnya setelah lebih kurang 2 bulan menunggu (dengan kata lain MENGANGGUR) tanggal 7/2/2011 student aku (first kohort PISMP) dapat juga penempatan. Pertama-tamanya jutaan terima kasih kepada KPM yang menguruskan penempatan mereka walaupun pelbagai kontroversi yang hadir. Semua itu tidak mematahkan semangat mereka. Semoga ini semua menjadi titik tolak kepada penyelesaian masalah penempatan guru-guru keluaran IPG iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang sebelum ini masih bergelut dengan proses akriditasi MQA. Justeru itu, nasihat daripada saya buat anda semua, "We can do no great things - only small things with great love".
Berikut adalah PENEMPATAN anak didikku, PISMP PJ Ambilan Januari 2007 (a.k.a TROY)
Monday, January 24, 2011
Subjek Sains Sukan di sekolah bantu jayakan program 1Sukan 1Murid

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Kementerian Pelajaran (KPM) telah pun melaksanakan Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) mulai bulan Julai 2008 sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi Menteri Pelajaran waktu itu.
Walaupun ia bermula dengan tujuh jenis sukan tetapi akan diperluaskan dengan sukan-sukan yang lain selaras dengan program yang dikendalikan oleh MSN.
Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.
Dasar 1 Murid 1 Sukan lebih mirip kepada Program Sukan Untuk Semua anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meskipun saya lihat program tersebut hanya menjuruskan kepada aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan yang lain daripada sukan prestasi tinggi.
Semoga dengan dasar baru yang mula diperkenalkan ini akan berjaya mencapai matlamatnya selaras dengan visi & misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara
Assalamualaikum & salam sejahtera...Tulisan Quraisyah Azmi dari Telok Panglima Garang, Selangor yang bertajuk "Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara" sangat menarik kandungan isinya. Subjek Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu subjek teras terkandung dalam kurikulum KBSR & KSSR. Justeru itu, isu perlaksanaan kelas PJ ini sudah lama kedengaran cuma tiada penegasan daripada pihak kementerian untuk mengatasi isu ini.
Seperti mana yang kita maklum, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Objektif Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Semoga, dengan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu akan menjadi pemangkin kepada perubahan dalam perlaksanaan kelas Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah pada masa akan datang. InsyaAllah...
