Tazkirah

Showing posts with label Pendidikan Jasmani. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Jasmani. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Bola oh bola...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Mulai bulan Februari 2011 yang lalu, sesi praktikum pelajar-pelajar aku rancak berlangsung. Dengan kekuatan yang ada aku mendapat 12 orang siswa guru untuk dibimbing. Memang agak penat. Jadual kerja sangat padat. Semua perlu diselesaikan mengikut date line yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, terima kasih Allah yang memberi aku kekuatan untuk menempuhi semua ini.

Aku sangat tertarik untuk menulis berhubung dengan satu insiden yang berlaku semasa aku menyelia salah seorang pelajar aku. Tak perlu aku nyatakan siapa dan sekolah mana. Apa yang berlaku, sebelum kelas dimulakan aku perhatikan ada seorang pelajar tidak masuk dalam kumpulan pelajar lain yang sedang seronok berlari untuk memanaskan badan. Aku memanggil pelajar tersebut dan bertanya, "Mengapa awak tak mengikuti kelas PJ?". Dengan nada ala-ala merajuk dia membalas, "Saya nak main bola tapi cikgu tak bagi". Aku bertanya lagi, "Selama ini semasa waktu PJ cikgu ajar apa?". Dia balas lagi, "Cikgu bagi bola dan kita orang main bola". Aku masih tidak puas hati dan bertanya lagi, "Memang setiap kali waktu PJ main bola ke???". "Ya!!", ringkas jawab pelajar tadi. Aku termenung & terkedu sebentar.

Persoalannya di sini, inikah budaya guru-guru PJ masa kini??? Setiap kali waktu PJ di sekolah seperti kelaziman akan kedengaran dialog ini, "Cikgu main bola!!"... Cikgu lak apa lagi, "Pegi amik bola kat stor!!! Rasanya budak dalam video ni mengalami situasi yang sama tak dengan senario atau budaya PJ di negara kita???

Ingatlah guru-guru PJ, setiap tahun anda menulis dalam borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) anda mengajar subjek Pendidikan Jasmani Kelas 3x seramai 40 orang 2 waktu mengikut SUKATAN PELAJARAN PJ dan diakhirnya anda menulis 100% SKT tercapai. Di mana integriti anda??? (Bagi mereka yang mengajar subjek PJ dengan baik, TAHNIAH kerana anda telah berjaya mencapai SKT anda)


Cetusan minda: Kalau 6 tahun (Tahun 1 - 6) guru mengajar bola sahaja sewaktu kelas Pendidikan Jasmani aku percaya skill mereka setaraf seperti dalam video di atas. Dan pastinya aku yakin sudah lama negara kita Malaysia layak ke Piala Dunia FIFA... So, fikir-fikirkanlah.

(Tulisan di atas adalah idea, pendapat dan pandangan penulis secara peribadi. Harap maklum)

Saturday, February 26, 2011

Takwim Kerja Mac 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lama tak update blog. Alhamdulillah ada kelapangan hari Sabtu ni bolehlah update mana yang patut. Just nak kongsi bersama je tentang jadual kerja aku sepanjang bulan Mac ni. Berikut adalah takwim kerja aku sepanjang bulan Mac 2011:-

1. 28/2 - 2/3/2011 - Lawatan ilmiah siswa guru PISMP PJ Amb Jan 2009 ke MSN, SSBJ & Makmal Anatomi & Fisiologi, HUKM.

2. 3-6/2011 - Program Bina Insan Guru 1 (Siri 2/2011) siswa guru PISMP Ambilan Jan 2011 di Teluk Gorek, Mersing.

3. 7/3/2011 - Menyelia praktikum KPLI PJ Amb Jun 2011 di SK Kota Masai, Pasir Gudang.

4. 8-10/3/2011 - Mesyuarat Moderasi Soalan Peperiksaan Mei 2011 di PLGDP Bandar Tenggara.

5. 15-17/3/2011 - Majlis Konvokesyen PISMP Amb Jan 2007 di PICC, Putrajaya.

6. 20-22/3/2011 - Kursus Kajian Tindakan di Hotel Katerina, Batu Pahat.

7. 28-31/3 - 1/4/2011 - Menyelia praktikum KPLI PJ Amb Jun 2011 dan PISMP PJ Amb Jan 2008.

Memang penuh tapi nak buat camner. Hidup mesti diteruskan. InsyaAllah selagi kita rancang kerja kita sebaik mungkin tiada masalah untuk kita kerja apa yang telah kita rancangkan. Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa, “Those who fail to plan are planning to fail”. Pepatah Melayu juga ada menyebut, "Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai". Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan Allah SWT.

Monday, January 24, 2011

Subjek Sains Sukan di sekolah bantu jayakan program 1Sukan 1Murid


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kementerian Pelajaran (KPM) telah pun melaksanakan Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) mulai bulan Julai 2008 sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi Menteri Pelajaran waktu itu.

Walaupun ia bermula dengan tujuh jenis sukan tetapi akan diperluaskan dengan sukan-sukan yang lain selaras dengan program yang dikendalikan oleh MSN.

Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Dasar 1 Murid 1 Sukan lebih mirip kepada Program Sukan Untuk Semua anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meskipun saya lihat program tersebut hanya menjuruskan kepada aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan yang lain daripada sukan prestasi tinggi.

Semoga dengan dasar baru yang mula diperkenalkan ini akan berjaya mencapai matlamatnya selaras dengan visi & misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tulisan Quraisyah Azmi dari Telok Panglima Garang, Selangor yang bertajuk "Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara" sangat menarik kandungan isinya. Subjek Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu subjek teras terkandung dalam kurikulum KBSR & KSSR. Justeru itu, isu perlaksanaan kelas PJ ini sudah lama kedengaran cuma tiada penegasan daripada pihak kementerian untuk mengatasi isu ini.

Seperti mana yang kita maklum, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Objektif Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Semoga, dengan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu akan menjadi pemangkin kepada perubahan dalam perlaksanaan kelas Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah pada masa akan datang. InsyaAllah...

BMI CALCULATOR