Tazkirah

Saturday, April 9, 2011

Bola oh bola...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Mulai bulan Februari 2011 yang lalu, sesi praktikum pelajar-pelajar aku rancak berlangsung. Dengan kekuatan yang ada aku mendapat 12 orang siswa guru untuk dibimbing. Memang agak penat. Jadual kerja sangat padat. Semua perlu diselesaikan mengikut date line yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, terima kasih Allah yang memberi aku kekuatan untuk menempuhi semua ini.

Aku sangat tertarik untuk menulis berhubung dengan satu insiden yang berlaku semasa aku menyelia salah seorang pelajar aku. Tak perlu aku nyatakan siapa dan sekolah mana. Apa yang berlaku, sebelum kelas dimulakan aku perhatikan ada seorang pelajar tidak masuk dalam kumpulan pelajar lain yang sedang seronok berlari untuk memanaskan badan. Aku memanggil pelajar tersebut dan bertanya, "Mengapa awak tak mengikuti kelas PJ?". Dengan nada ala-ala merajuk dia membalas, "Saya nak main bola tapi cikgu tak bagi". Aku bertanya lagi, "Selama ini semasa waktu PJ cikgu ajar apa?". Dia balas lagi, "Cikgu bagi bola dan kita orang main bola". Aku masih tidak puas hati dan bertanya lagi, "Memang setiap kali waktu PJ main bola ke???". "Ya!!", ringkas jawab pelajar tadi. Aku termenung & terkedu sebentar.

Persoalannya di sini, inikah budaya guru-guru PJ masa kini??? Setiap kali waktu PJ di sekolah seperti kelaziman akan kedengaran dialog ini, "Cikgu main bola!!"... Cikgu lak apa lagi, "Pegi amik bola kat stor!!! Rasanya budak dalam video ni mengalami situasi yang sama tak dengan senario atau budaya PJ di negara kita???

Ingatlah guru-guru PJ, setiap tahun anda menulis dalam borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) anda mengajar subjek Pendidikan Jasmani Kelas 3x seramai 40 orang 2 waktu mengikut SUKATAN PELAJARAN PJ dan diakhirnya anda menulis 100% SKT tercapai. Di mana integriti anda??? (Bagi mereka yang mengajar subjek PJ dengan baik, TAHNIAH kerana anda telah berjaya mencapai SKT anda)


Cetusan minda: Kalau 6 tahun (Tahun 1 - 6) guru mengajar bola sahaja sewaktu kelas Pendidikan Jasmani aku percaya skill mereka setaraf seperti dalam video di atas. Dan pastinya aku yakin sudah lama negara kita Malaysia layak ke Piala Dunia FIFA... So, fikir-fikirkanlah.

(Tulisan di atas adalah idea, pendapat dan pandangan penulis secara peribadi. Harap maklum)

BMI CALCULATOR