Tazkirah

Showing posts with label Aktiviti JPJK. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti JPJK. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Suprise birthday party daripada my TUTEE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya lama dah tak update blog ni. Memang sibuk sangat. Kerja tak pernah habis. Settle satu perkara, datang 2 perkara baru. Mana nak habis. BTW, semua tu masih boleh dihandle dengan sebaik mungkin. Kali ni nak mulakan dengan satu peristiwa yang sangat istimewa berlaku pada 2/10/2010 yang lalu. Tarikh keramat tersebut, merupakan hari ulang tahun aku yang ke-38. Pada masa yang sama juga, Persatuan Pendidikan Jasmani IPGKTI telah menganjurkan Hari Pendidikan Jasmani. Siangnya dipenuhi dengan aktiviti seperti senamrobik, explore race, sukaneka dan macam-macam lagi. Pada sebelah malamnya pula, Malam PJ a.k.a PJ Nite telah dilangsungkan. Selain daripada sebahagian aktiviti Hari PJ, PJ Nite ini juga bertujuan meraikan siswa guru PISMP PJ S8 a.k.a TROY dan siswa KPLI PJ Ambilan Januari 2010 yang akan menamatkan pengajian mereka di IPGKTI pada penghujung tahun 2010. Bermula dengan sesi RED CARPET ala ala Anugerah Bintang Popolar tu, semua pensyarah Jabatan PJ dan siswa guru PISMP PJ S8 serta KPLI PJ Amb Januari 2010 berarak masuk ke dalam Dewan Seri Temenggong. Idea yang baik dan kreatif... Rasanya tiada porgram lain yg buat sebelum ini... Harap ianya menjadi pencetus idea kepada siswa guru lain bagi menganjurkan program @ aktiviti seumpamanya pada masa akan datang. Majlis dimulakan dengan ucap salam & bacaan doa. Selesai berdoa masa makan pn tiba. Semua pensyarah & siswa guru yang dirai makan dengan penuh berselera. Aktiviri diteruskan lagi dengan persembahan daripada pensyarah terpilih dan siswa guru PISMP S6, S4, KPLI & akhir sekali S2... Tetiba sejurus selesai persembahan mereka, lampu dewan ditutup... Aku tak menyangka apa2 sehinggalah paparan video yg direka khas oleh Syazana (tutee aku yg comel) ditujukan buat aku ditayangkan di layar hadapan dewan... Kompom depa dah rancang & berkonspirasi dengan pihak penganjur (PISMP PJ S6) untuk membuat suprise birthday party utk aku... Kejutan lagi.... Tiap2 tahun ada saja kejutan daripada TUTEE2 aku yg sangat2 baik & tidak keterlaluan boleh aku katakan bahawa mereka bakal mengisi kelompongan & kegersangan guru-guru Pendidikan Jasmani yang HEBAT & BERILMU di sekolah2 buat masa ini... Tiada terkata apa-apa aku tika dan saat itu & terkesima agak lama memerhatikan usaha murni mereka. Aku teringat kata-kata Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah yang berbunyi, "Seorang guru yang baik ialah mereka yang berjaya melahirkan anak murid yang lebih hebat daripada dirinya.... manakala anak murid yang hebat ialah anak murid yang mengakui kehebatan gurunya". Harap2 begitulah hendaknya... Terima kasih yang tidak terhingga buat semua TUTEE aku... Shauqi a.k.a Puyeng, Ainul a.k.a Omey, Loi, Hazim a.k.a Tukun, Nazreen a.k.a Ayang, Hidayat a.k.a Chip, Hanafi a.k.a Spark, Ayu, Wawa, Zahirah, Diana, Nabihah a.k.a Yob, Syafiqah a.k.a Fiq, Nad, Lea, Safiah a.k.a Wiwit, Syazana a.k.a Sya, Bi Yan & Ummu Hanani.
Tidak lupa juga buat penganjur yang terdiri daripada siswa guru PISMP PJ S6... Anda semua memang kreatif & pro aktif serta energetik... Keep it up & maintain..........

Inilah sedutan daripada suprise birthday party malam itu yang telah dimuat naik ke YOUTUBE oleh Ummu Hanani... Enjoy the show... (mcm lagu Lenka le pulak)



Berikut merupakan sebahagian daripada gambar2 sekitar majlis berlangsung:-

Untuk dapatkan gambar-gambar lain, boleh hubungi Muzammil @ Shaiful dari PISMP PJ S6 a.k.a Erudite...

Saturday, July 31, 2010

Program PL KPLI KDC (Pendidikan Khas) Ambilan November 2009



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selepas seminggu program amali Pendidikan Luar KDPM KDC PLPS (Pengajian Cina & Pengajian Tamil) Ambilan November 2008 yang dijalankan pada 6 - 9 Julai 2010, satu lagi program pendidikan luar bagi pelajar-pelajar KPLI KDC (Pendidikan Khas) Ambilan November 2009 telah diadakan. Program amali yang berlangsung selama 4 hari 3 malam yang diadakan pada 20 - 23 Julai 2010 tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan, abseiling, trekking, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Selain daripada sebagai melengkapkan jam kredit kursus ini, program ini juga berjaya memupuk semangat kekitaan serta membina jati diri serta kekuatan fizikal dan mental pelajar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dengan kekuatan seramai 8 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Mohd Zairi bin Husain serta dibantu oleh Pn. Rashidah Suib, En. Hishamuddin Hassan, En. Poniran Salamon, En. Ahmad Fadzil Noor, Tn. Hj. Norhizan Zainol, En. Kamaluddin Mokri dan Tn. Syed Muhd Kamal Syed Abu Bakar semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran amali yang ditetapkan oleh pihak BPG KPM. Tahniah buat semua pelajar dan jutaan terima kasih buat pensyarah yang terlibat...Semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda.

Saturday, October 10, 2009

Sambutan Hari Raya Jabatan PJK 2009

Pada 9/10/2009 jam 3.00 petang, Jabatan PJK IPG KTI telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Raya 2009 bertemakan Hi-Tea. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran mantan pengarah IPG KTI, Tn. Hj. Zakaria bin Hj. A. Shukor. Selain daripada itu juga, Pengarah IPG KTI, Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran dan juga Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Sasman bin Yasir juga turut meluangkan masa menghadiri majlis ini. Antara menu-menu yang disediakan ialah roti jala, laksa johor, ubi rebus, ubi goreng, otak-otak, ais krim, cendol, buah-buahan, kek coklat dan macam-macam lagi. Guru-guru pelatih dari opsyen PJ telah bertungkus lumus dan bekerjasama bagi melancarkan lagi majlis tersebut. Selamat Hari Raya dari kami semua warga PJK IPG KTI....

Gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Jabatan PJK:-

http://s623.photobucket.com/albums/tt320/iriaz_h/HARI%20RAYA%20JABATAN%202009/

Sunday, May 18, 2008

Badan Sihat Otak Cerdas....

Aktiviti senaman pagi merupakan satu aktiviti wajib yang mesti diikuti setiap guru pelatih. Aktiviti ini dijalankan hanya pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu bermula jam 7.30 pagi. Ada 3 tempat untuk pelajar menjalankan aktiviti senaman pagi ini iaitu di dataran antara Blok A dan B, Jabatan PJK & Dataran Blok E. Aktiviti ini akan dikendalikan oleh guru-guru pelatih opsyen PJ di bawah seliaan En. Poniran Salamon dari Jabatan PJK. Beliau juga dibantu oleh pensyarah-pensyarah di Jabatan PJK.

Sunday, May 4, 2008

Ujian Amali PJ

Salam sejahtera...

Pada 5 - 7/5/2008 ini pelajar-pelajar KPLSPM Opsyen PJ/BM, PJ/BT & PK/PJ serta pelajar-pelajar PISMP Opsyen PJ Semester 1 & 3 akan menjalani amali PJ bertempat di padang IPTI bermula jam 8.00 - 4.30 petang. Ujian ini merangkumi beberapa aspek iaitu Olahraga, UKJK, ujian-ujian kemahiran dan gimnastik. Penyelaras bagi aktiviti ini, En. Ahmad Fadzil bin Hj. Noor dan dibantu oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI. Ujian ini juga akan dipantau oleh pensyarah dari IPG luar. Di harap, semua guru pelatih dapat melakukan ujian ini sebaik mungkin & semoga berjaya.

BMI CALCULATOR