Tazkirah

Monday, August 30, 2010

Baby baru...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Muhammad Zamil Zaquan bin Mohd Zairi diputerakan pada tanggal 29 Ogos 2010 dua hari sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-53... Cahayamataku yang ke-4 setakat ini dengan berat 3.26 kg selamat dilahirkan secara normal pada jam 8.04 pagi di Hospital Batu Pahat, Johor... Alhamdulillah keadaan baby & ibunya setakat ini sihat. Semoga menjadi anak yang baik, soleh & sentiasa menghormati orang tua... Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT... Amin...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah abaikanlah puasa ummat Nabi Muhammad SAW jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia TIDAK melakukan 3 perkara iaitu:-

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada orang tuanya.
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
3) Tidak bermaafan dengan orang-orang sekitarnya".

Maka Rasulullah SAW pun mengucapkan AMIN 3x. Oleh itu, di sini saya sekeluarga ingin memohon maaf atas apa kesalahan zahir dan batin. Akhirnya semoga Allah SWT memberkati & merahmati serta sentiasa menjaga ibadah puasa kita... AMIN...

Saturday, July 31, 2010

Program PL KPLI KDC (Pendidikan Khas) Ambilan November 2009



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selepas seminggu program amali Pendidikan Luar KDPM KDC PLPS (Pengajian Cina & Pengajian Tamil) Ambilan November 2008 yang dijalankan pada 6 - 9 Julai 2010, satu lagi program pendidikan luar bagi pelajar-pelajar KPLI KDC (Pendidikan Khas) Ambilan November 2009 telah diadakan. Program amali yang berlangsung selama 4 hari 3 malam yang diadakan pada 20 - 23 Julai 2010 tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan, abseiling, trekking, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Selain daripada sebagai melengkapkan jam kredit kursus ini, program ini juga berjaya memupuk semangat kekitaan serta membina jati diri serta kekuatan fizikal dan mental pelajar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dengan kekuatan seramai 8 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Mohd Zairi bin Husain serta dibantu oleh Pn. Rashidah Suib, En. Hishamuddin Hassan, En. Poniran Salamon, En. Ahmad Fadzil Noor, Tn. Hj. Norhizan Zainol, En. Kamaluddin Mokri dan Tn. Syed Muhd Kamal Syed Abu Bakar semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran amali yang ditetapkan oleh pihak BPG KPM. Tahniah buat semua pelajar dan jutaan terima kasih buat pensyarah yang terlibat...Semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda.

Wednesday, June 23, 2010

Adil dan Perbuatan Baik

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berbuat baik merupakan misi Islam terpenting bagi kehidupan manusia. Islam memerintahkan Muslim untuk berbuat baik kepada semua makhluk, terutama kepada sesama manusia. Dalam Alquran, perintah berbuat baik kadangkala beriringan dengan perintah menegakkan keadilan. Ini mengisyaratkan tegak dan berkembangnya perbuatan baik dalam kehidupan manusia didukung kebiasaan berlaku adil. Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan." (QS 16:90).

Islam mendorong Muslim berlomba-lomba berbuat baik. Balasan bagi para pemenangnya diberikan Allah di akhirat kelak berupa surga. Allah berfirman, "Berlomba-lombalah kamu dalam berbuat kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian pada hari kiamat.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS 2:148). Perbuatan baik lahir dari iman dan takwa, serta hanya mengharap balasan dari Allah di dunia dan akhirat. "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu? Mereka menjawab, 'Allah telah menurunkan kebaikkan'. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat pembalasan yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa." (QS 16:30).

Perbuatan baik lahir dari orang-orang yang memiliki sifat-sifat baik dalam dirinya. Sifat-sifat yang baik hanya diberikan Allah kepada orang yang sabar. Allah berfirman, "Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." (QS 41:35).

Di antara perbuatan baik adalah memberikan bantuan moral, material, tenaga, dan bersikap baik kepada sesama manusia. Perbuatan baik perlu ditunjukkan kepada karib kerabat terdekat, tetangga, dan sesama manusia. Allah berfirman, "Dan berbuat baiklah kepada ibu-bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu." (QS.4:36).

Bentuk lain perbuatan baik, menggunakan harta sesuai perintah Allah demi kepentingan dunia dan akhirat. Allah berfirman, "Belanjakanlah hartamu di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (QS 2:195).

Kebaikkan yang bernilai tinggi di sisi Allah adalah berbuat baik kepada orang yang jahat kepada kita. Allah berfirman, "Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan." (QS 28:54).

Setiap kebaikan mendapat balasan lebih baik dari Allah dan setiap kejahatan mendapat balasan sebanding dengannya. Allah berfirman, "Siapa yang datang membawa kebaikan, baginya pahala yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan siapa yang datang membawa kejahatan, tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan." (QS 28:84). Wallahu Alam Bissawab.

Wassalam...

(Dipetik daripada http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&new_topic=9)

Wednesday, June 9, 2010

Klinik 10-Pin Boling IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 7 Jun 2010 yang lalu, bertempat di Pusat Boling Danga City Mall telah diadakan satu Klinik 10-pin Boling anjuran BAKSA IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Klinik tersebut telah dikendalikan oleh Tn. Hj. Norhizan bin Zainol dari Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Peserta klinik terdiri daripada anak-anak staf akademik berumur antara 10 - 18 tahun. Penyelaras program, Pn. Rashidah Suib berkata, klinik ini bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran bermain boling. Diharap, dengan program yang dirancang ini dapat menimbulkan minat anak-anak kecil ini dengan permainan boling.

Gambar Nurul, Nurin & 'Aqilah semasa klinik berlangsung...

Saturday, June 5, 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bismillahirahmannirrahim... Awal kalam pembuka bicara. Lama juga tak update blog. Seminggu outstation di Pulau Sibu amali Pendidikan Luar KPLI Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010. Hari ini aku nak bercerita tentang gejala sosial yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tiap-tiap hari ada sahaja cerita sama ada di akhbar-akhbar mahupun di kaca-kaca televisyen. Apa sudah jadi dengan dunia kita hari ini. Bukalah mata wahai anak bangsa ku... Jangan sia-siakan masa remaja mu dengan khayalan dunia semata2. Berpeganglah kepada akal yang waras dan al-Quran serta hadis.... Berikut petikan yang aku dapat dari internet:-

Bersabda Rasulullah SAW antara lain maksudnya: "Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:-

1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.

2. Amanat dianggap ghanimah (harta rampasan perang).

3. Membayar zakat dianggap merugikan.

4. Suami tunduk pada isterinya.

5. Durhaka terhadap ibu.

6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.

7. Membenci ayah.

8. Bersuara keras (menjerit-jerit) di masjid.

9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.

10. Orang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya.

11. Minum arak berleluasa.

12. Semakin ramai lelaki memakai sutera.

13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.

14. Permainan muzik merata-rata.

15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat-umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi'in dan para imam mu'tabar.

Maka ketika itu turunlah azab berupa angin merah, atau gempa, runtuhan atau kemusnahan."

Hadith riwayat Al-Tirmidzi dari Saidina Ali r.a."

Sama-sama kita renungkannya....

Wednesday, May 26, 2010

Simulasi Abseiling dan Orienteering KPLI PJ 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 6 dan 24 Mei 2010 yang lalu, pelajar2 aku dari program KPLI PJ Ambilan 2010 telah melaksanakan aktiviti simulasi orientering dan abseiling sebagai persediaan program amali Pendidikan Luar mereka yang akan diadakan di Pulau Sibu pada 31/5 - 4/6/2010. Aktiviti orienteering telah dibuat di sekitar padang institut. Sementara itu, bagi aktiviti simulasi abseililing pula dibuat di bangunan lama bersebelahan dengan garaj bas & bilik pemandu. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Semoga apa yang mereka perolehi sewaktu aktiviti simulasi tersebut dapat diaplikasikan semasa amali sebenar nanti. Good luck kepada semua pelajar KPLI PJ Ambilan Januari 2010. Semoga anda dapat melakukan yang terbaik kelak...

Gambar-gambar sekitar aktiviti:-

Wednesday, May 19, 2010

MENCARI +ve DALAM -ve

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Rasanya agak lama gak aku tak update blog. Selain daripada kesibukan kerja, line internet yang slow membuatkan aku jadi malas nak update blog. Hari ini aku nak kongsi bersama satu artikel yang agak menarik. Aku dapat artikel ni dari seorang sahabat melalui email... Baca sampai habis ok!!!

Bagaimana MENCARI +ve DALAM -ve

1. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/ digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. Untuk keletihan/ kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT.. untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

BELAJARLAH BERSYUKUR....... ALHAMDULILLAH

Monday, May 10, 2010

Sampah oh sampah...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Pagi ini aku nak mulakan tulisan aku tentang SIKAP atau dengan kata lain ATTITUDE ... Seawal jam 6.30 pagi sesampainya aku di pejabat, aku sungguh terkejut dengan keadaan padang dan astaka di jabatan aku. Penuh dengan sampah-sarap dan kerusi meja tunggang langgang. Beginikah sikap mereka selepas sesuatu program??? Sebagai satu kejutan budaya pulak. Bukan apa selalunya jika kami membuat sesuatu aktiviti atau program kami akan MEMASTIKAN padang & astaka sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas seperti keadaan asal. Justeru itu, sebagai manusia biasa aku tak mampu nak kata apa2...

P/s: Responsibility, Accountability, Professional & Integrity...


Sunday, May 2, 2010

Majlis Perkahwinan Dek Chah...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Pada tanggal 1 Mei 2010 bersamaan dengan 17 Jamadi Awal 1431 telah berlangsung majlis perkahwinan antara Dek Chah dengan Hafiy. Majlis yang dilangsungkan di Dewan Tunku Ismail Ibrahim penuh dengan keriangan. Selamat pengantin baru buat kalian berdua. Semoga kekal hingga ke akhir hayat, berbahagia selalu & dimurahkan rezeki. Pada majlis tersebut, Nurul & Nurin diminta menjadi flower girl kepada pasangan pengantin. Buat Cik Rahim & Cik Yati, selamat menyambut menantu baru...

Gambar-gambar sekitar majlis...








































































































































BMI CALCULATOR