Tazkirah

Tuesday, May 6, 2008

Apa itu e-PEMBELAJARAN

Definisi e-Pembelajaran

Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh kerana e-pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan system data dengan system maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran secara dalam talian.E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui system jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000).

2 comments:

SuRvIvE fOr My LiFe said...
This comment has been removed by the author.
SuRvIvE fOr My LiFe said...

salam encik zairi,sye nk tnye skit di mana encik dpt rujukan tentang definisi e-pembelajaran nie,..??
klu de link die leh bg kt sye,..?

BMI CALCULATOR