Tazkirah

Tuesday, May 6, 2008

Latihan Pembangunan Staf E-Pembelajaran Untuk Pensyarah IPTI 2008

Salam sejahtera...

Seramai 17 orang pensyarah IPTI sedang mengikuti Latihan Pembangunan Staf E-Pembelajaran Untuk Pensyarah IPTI 2008 yang diadakan di Bilik C6, Blok C anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Mazlan Ayop dan Puan Siti Anidah Kamsir. Sepanjang 2 hari iaitu 6-7 Mei 2008 para peserta akan diberikan input yang berkaitan dengan e-pembelajaran. Kursus ini bertujuan :-
1. Memberi pendedahan kepada peserta untuk menggunakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara e-pembelajaran.
2. Mengwujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik.
3. Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.
4. Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.
5. Mengurangkan bebanan setiap guru, terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.
6. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
7. Menjimatkan masa guru, bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.

Selamat berkursus diucapkan kepada semua. Semoga kursus ini bermanafaat sepenuhnya kepada proses pengajaran & pembelajaran kita.

No comments:

BMI CALCULATOR