Tazkirah

Tuesday, May 6, 2008

Jenis-Jenis Resos Dalam Moodle

Laman Teks
Resos jenis ini paling mudah iaitu halaman yang mengandungi teks. Ada beberapa jenis format yang membenarkan halaman teks menjadi laman web yang menarik.

Laman HTML
Resos jenis ini mudah dibina untuk dijadikan satu laman web di dalam Moodle terutama apabila anda menggunakan ciri penyunting WYSIWYG. Laman disimpan dalam pangkalan data dan bukan sebagai satu fail. Anda bebas menggunakan HTML termasuk Javascript.

Fail dan Laman Web
Resos jenis ini membolehkan anda membuat pautan ke mana-mana laman web atau kepada fail umum. Ia juga membenarkan pautan kepada laman web atau fail yang telah anda muat naik ke dalam kursus anda. Laman web biasa akan dipaparkan manakala bahan multimedia seperti fail mp3, fail klip video atau flash akan dibuka oleh pemain masing-masing.

Ada banyak pilihan untuk mengawal bagaimana tetingkap yang mengandungi bahan dipaparkan. Jika resos anda ialah satu aplikasi atau bahan yang boleh menerima parameter, anda boleh menghantar maklumat seperti nama pengguna, e-mel, kursus yang diambil dan sebagainya.

Direktori
Resos direktori boleh memaparkan satu direktori dan sub direktori di ruang fail kursus. Pelajar boleh lihat semua fail-fail yang ada.

Pakej Kandungan LMS
Resos jenis ini membolehkan anda menambah pakej yang mematuhi piawaian spesifikasi kandungan pakej IMS ke dalam kursus anda. Anda hanya perlu muat naik pakej dan gunakan. Ada beberapa pilihan bagaimana tetingkap yang mengandungi bahan dipaparkan seperti menu navigasi atau butang dan sebagainya.

Label
Resos label berlainan sedikit daripada jenis resos yang lain kerana ia membolehkan teks dan imej dibenamkan terus bersama pautan aktiviti dalam laman kursus.

No comments:

BMI CALCULATOR