Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.
Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita.
Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.
Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.
SUMBER
Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.
Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato.
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.
KEKURANGAN Kekurangan potassium boleh menyebabkan:
1. Keletihan, lemah badan.
2. Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
3. Kulit kering, tekanan darah rendah.
4. Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot.
Penyebab kepada 'stress' berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara lain dapat dikategorikan sebagaimana berikut:
1. Individu – berpunca dari segi kepercayaan, perasan, cara berfikir dan cara kita bertindak
2. Interpersonal – mempunyai hubungkait dengan orang yang kita temui.
3. Organisasi – institusi di mana kita bekerja
4. Masyarakat – tempat kita tinggal dan bekerja
5. Lain-lain – budaya, negara, antarabangsa, atau sejagat
11 comments:
Baru tau pottasium tu ape, biase sebut2 je tapi xtau pun ape pottasium tu... Tq for info :-)
best info.. tq yer
Trm kasih kerana syer info yg berguna
👍info yg berguna... thnx...
👍info yg berguna... thnx...
👍info yg berguna... thnx...
Info yg berguna..tq
Terima Kasih atas info. Mohon share.
Terima Kasih atas info. Mohon share.
Tq for the info... Goog information
Potssium ni terletak dekat mana?
Post a Comment